RxCrystal Pemangkin 'Stem Cell'

Sabtu, 01 November 2014 Posted by Admin

 
Bahan Asas RxCrystal

RxCrystal merupakan satu produk perubatan terkini hasil penyelidikan oleh Prof. Dato' Dr. Noordin Darus bersama sekumpulan para saintis Islam tempatan. Ia terdiri daripada bahan elemen asas yang menggunakan sumber alam semulajadi seperti garam, gula dan air suling. lanya diproses sehingga menjadi satu bentuk/pola yang bertindak sebagai rujukan kepada stem cell/sel tunjang untuk penjanaan sel seterusnya dan mampu melahirkan pelbagai jenis sel di dalam sistem badan manusia.

Bahan Asas RxCrystal

Mengikut kajian ALAMTOLOGI, sel tunjang bertindak sepertimana air dan tidak mempunyai bentuk yang khusus. Proses kewujudan dan ketulenan sel tunjang masih lagi menjadi tanda tanya kepada ilmu perubatan masa kini dan kosnya terlalu tinggi. Pada hakikatnya, pelbagai penyakit dapat disembuhkan dengan pengkajian alam semulajadi dan pengaplikasian proses sel tunjang (stem cell) itu sendiri.

Perubatan konvensional hanya menghapus simptom dan bukannya punca masalah. RxCrystal bertindak sebagai proses PEMETAAN (Agen Rujukan) yang menjadi cermin untuk proses duplikasi bagi menjana sel-sel baru. Pada peringkat awal, antigen/pola asing akan dileraikan sepenuhnya. Kemudian, bahagian-bahagian yang berfungsi akan bergabung untuk menghasilkan stem cell yang sihat.

Proses Penghasilan RxCrystal

NOTA: RxCrystal dihasilkan melalui dua proses yang disebut, Proses Lerai (PL) dan Proses Gabung (PG) berasaskan Formula Matematik yang unik.

 

APAKAH RxCRYSTAL?

 

RxCrystal adalah formula hablur 100% natural yang boleh membantu lebih daripada 50 jenis penyakit tanpa perlu lagi risau akan kesan sampingan akibat penggunaan bahan perubatan berkimia. Di antara penyakit yang telah mendapat maklum balas positif termasuk darah tinggi, kencing manis dan arthritis. Begitu juga dengan pesakit kanser - peparu, serviks dan payudara - ada yang telah melalui rawatan menggunakan RxCrystal.

Senarai masalah kesihatan yang boleh dibantu dengan RxCrystal semakin bertambah dari hari ke hari.

Proses pengeluaran sel banyak bergantung kepada maklumat yang sampai ke stem cell. Sekiranya berlaku pencemaran "signal"; seperti pemakanan yang tidak betul, udara tercemar, bahan-bahan toksik dalam tubuh badan, atau faktor genetik sendiri - maka stem cell (sel tunjang) juga akan mengeluarkan sel-sel yang "tercemar". Sel tercemar ini yang akan menyebabkan masalah kesihatan atau membuatkan badan tidak mampu untuk melawan penyakit.

NOTA: RxCrystal bertindak ke atas stem cell untuk melahirkan sel-sel baru yang sihat.

 

BAGAIMANA RxCRYSTAL BERFUNGSI

 

Apabila anda letakkan hablur RxCrystal ini dibawah lidah, ia akan membawa isyarat yang dikeluarkan oleh air liur (sebab itu rasanya berlainan) melalui saraf tunjang terus ke ibu sel yang terdapat pada sum-sum tulang.

Dari situ ia akan memformat serta merangsang semula ibu sel (stem cell) tadi supaya dapat mengeluarkan sel-sel baru yang bebas penyakit. Setiap sel manusia mempunyai jangka hayatnya yang tertentu. Beribu-ribu set didalam tubuh manusia akan bertukar ganti setiap hari. Jadi apabila sel-sel yang berpenyakit (tercemar) tadi mati, ia akan digantikan dengan sel-sel baru yang bebas penyakit.

Cara RxCrystal Berfungsi

Dengan cara ini, secara tidak langsung RxCrystal akan membantu memulihkan semula kesihatan daripada penyakit yang anda alami - insya Allah. Kini dengan adanya RxCrystal anda mampu menjimatkan wang dan tidak perlu lagi menjalani rawatan stem cell yang bernilai puluhan ribu ringgit untuk satu suntikan bagi merawat penyakit tersebut.

 

CARA PENGGUNAAN RxCRYSTAL

 
  • RxCrystal ini adalah satu produk berbentuk hablur seperti garam.
  • Didalam 1 kotak RxCrystal ia boleh diambil sebanyak 30x.
  • Pada peringkat awal, kami mencadangkan supaya anda mengambilnya sebanyak 2x sehari iaitu 1 paket ketika sebelum tidur & 1 peket selepas bangun tidur, iaitu ketika sebelum kumur-kumur kerana didalam mulut anda terdapat banyak enzim air liur yang baik untuk kesihatan.
  • Anda hanya perlu letakkan 1 peket RxCrystal tadi dibawah lidah dan kemam sehingga ia cair.
  • Selepas itu barulah anda minum beberapa cawan air. Anda perlu minum air yang banyak ketika mengamalkan RxCrystal bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.
  • Rasanya juga agak berlainan bagi setiap pengguna mengikut masalah kesihatan yang dialami. Ada yang rasa kelat, masam, masin, manis, pedas serta gabungan daripada rasa-rasa tersebut.
  • Tiada pantang larang. RxCrystal juga sesuai digunakan oleh bayi, kanak-kanak, ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak, serta orang-orang yang sudah lanjut usia.
  • Sila kurangkan sukatannya jika berlaku sebarang komplikasi. Tidak-balasnya adalah pelbagai seperti badan berasa panas/kering, cepat berpeluh, sakit kepala, demam, cirit-birit, sakit-sakit badan dan sebagainya.
  • Sila lihat bahagian soal-jawab untuk maklumat lanjut berkenaan RxCrystal.

 

NOTA: Anda boleh hubungi 0192596401 (Idris) atau 0193787151 (Rahmad) bagi mendapatkan nasihat sekiranya sukar untuk memilih produk yang sesuai bagi merawat masalah kesihatan yang dialami.

 

Beli RxCrystal Disini